Statistik Penting Apabila Blast Email

Kenapa perlu kumpul email? Sebab kita boleh ukur keberkesanan kempen email marketing.

Apabila kita melakukan satu-satu kempen online marketing, kita kena pastikan sama ada kempen kita itu berkesan ataupun tidak. Pastikan setiap kempen itu boleh diukur result dia.

Sebagai contoh, Billboard yang kita pasang, adakah kita boleh tahu berapa orang yang tengok billboard itu? Kita boleh buat anggaran sahaja. Tidaklah bermaksud kita tak perlu buat billboard tetapi kita perlu faham kenapa kita buat billboard dan keberkesanannya. Mungkin untuk branding awareness.

Kita kumpul email mereka yang berminat terhadap produk dan servis kita. Sudah tentu dari masa ke semasa, kita ingin salurkan informasi kepada mereka. Lalu kita blast email kepada mereka menggunakan sistem autoreaponder.

Apabila kita blast pada ribuan orang, kita boleh tahu siapa yang buka email dan siapa yang klik link dalam email. Termasuk juga siapa yang buka dan klik dalam 1 jam pertama.

Ini membolehkan kita mengatur strategi jenis email yang hendak kita hantar sebab kita sudah tahu statistiknya. Kita juga boleh meningkatkan lagi bilangan orang yang buka dan klik email. Segala perkara yang boleh diukur, boleh diperbaiki dan ditingkatkan resultnya.

Gambar di atas menunjukkan statistik yang boleh didapati daripada sistem autoresponder Reveals Mail setelah kita blast email.


Reveals Funnel tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH: