Rahsia Type Setting Dalam Design

Ini adalah salah satu proses design, terutama sekali untuk kerja design yang melibatkan publishing; majalah, newsletter, buku dll.

Ramai diantara usahawan sekarang ni yang semangat untuk mengeluarkan buku sendiri. Tetapi kebanyakannya langgar dinding dan appoint ‘graphic designer’ yang tidak mempunyai pengalama atau pengetahuan yang sebenar dalam bahagian publishing!

Harus diingat, apabila material2 sebegini di cetak dan diedarkan pada pengguna, tak semua pengguna akan ada experience pembacaan atau penelitian yang sama. Dalam proses type setting ni, ada beberapa element yang penting untuk diketengahkan, contohnya seperti:

1. PEMILIHAN FONT YANG SESUAI

Ramai yang tidak sedar tentang isu ini. Seandainya pemilihan font yang salah untuk body text dilakukan, pembaca akan menjadi bosan dan hilang minat untuk membaca atau mengetahui lebih lanjut berkenaan mesej yang ingin disampaikan.

2. PENGGUNAAN SAIZ FONT

Satu lagi isu yang dimana, kebanyakan orang yang ingin menerbit buku ni selalunya memilih siaz font yang salah. Bak kata orang, pilih saiz ikut sedap mata sendiri.

Saiz font yang salah akan membuatkan orang rasa tertekan untuk membaca. Mata mengecil, dahi mula ada garisan kerut yang menunjukkan seksanya nak membaca.

3. JARAK ANTARA BARISAN AYAT

Harus diingatkan bahawa ruang kosong atau negatif space antara barisan ayat memainkan peranan penting dalam psikologi pembacaan. Secara tak langsung atau tanpa disedari, dengan adanya jarak yang betul, akan membolehkan pembaca meneruskan pembacaan dengan selesa. Jumlah perkataan untuk satu barisan ayat juga memainkan peranan utama.

4. SPACING ATAU RUANG SELESA

Spacing atau ruang yang bersesuaian amatlah penting pada keseluruhan sesebuah halaman pembacaan. Ruang atas bawah kiri kanan sehingga border sesebuah page juga amat penting.

Tugas designer adalah memastikan sesebuah buku itu menjadi paraktikal ketika dipegang untuk dibaca. Dimana ibu jari akan menyentuh risalah atau buku, adakah pembaca itu orangnya kidal, memastikan jari atau tangan yang memegang tidak menhalang info yang ingin disampaikan, jarak mata pembaca dengan risalah dan lain-lain.

Banyak lagi faktor2 yang penting dalam penghasilan sebuah bahan bacaan. Faktor2 seperti gambar, warna, saiz buku, hairaki, cover page dan macam2 lagi. Semua ni saya boleh tunjuk dan terangkan, tetapi bukan disini.

Tidak semua kerja mudah, walaupun ianya nampak mudah. Penelitian yang tinggi amat diperlukan bagi menghasilkan sebuah bahan pembacaan yang bagus.

Ini sebabnya kenapa designer perlu ada TASTE ATAU CITARASA yang tinggi dan pengetahuan yang luas dalam publishing. Apabila espek2 penelitian tinggi perlu diberi, masa dan pengalaman agak mahal dalam hal macam ni.

Hasilkanlah sesuatu yang boleh kita banggakan dari sekadar kita menghasilkan sesuatu yang ala kadar dan tidak berkualiti.

PERHATIAN: Reveals Funnel tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN @ PERSOALAN ANDA DI BAWAH: