Elak Penat Buat FB Live Hari-hari

Kita nak buat fb live hari-hari tu boleh, tapi jangan lupa buat sekali 3 benda ni…

Kepada yang rajin buat live atau mula nak buat live, saya nak cadangkan kepentingan 3 benda ni…. yang mempunyai fungsi yang berbeza2 terhadap tarik trafik. Saya tidak mahu anda letih dalam berjuang sebagaimana saya letih satu ketika dulu..

1. FB LIVE – Betul dan bagus untuk buat live dan engagement. Cumanya fikirkan, adakah perkongsian kita akan reach ramai orang? Berapa orang yang tengok video live kita, berapa orang yang tengok video rakaman kita selepas itu, semua ini boleh diukur adakah org yg sama tengok atau orang yang baru tengok?

Jangan sampai kita buat fb live hari-hari tetapi hanya orang yang sama sahaja tengok. Pastikan kita tambah prospek yang baru setiap hari.

2. YOUTUBE – Wajib download video fb masuk dalam youtube. Anda boleh download video fb live dan upload kembali dalam Youtube channel.

Sebab youtube, orang boleh akses dengan mudah dan kita double up channel. Orang boleh jer subscribe dan komen. Juga kat description, boleh letak call to action dan linkkan balik ke blog atau fb.

3. BLOG – Perkongsian kita perlu masuk dalam blog, ringkasan dia, tajuk dia, dan linkkan balik ke video youtube untuk tengok full video. Blog ni akan menyebabkan orang search di google, jumpa perkongsian kita dan senang akses pada bila-bila masa.

Semua ini adalah untuk 1 tujan iaitu tarik traffik. Dari situ, kumpul masuk dalam sistem email autoresponder dan follow up kembali.

Cara ini, satu content boleh masuk 3 channel. Fb, youtube dan blog.

PERHATIAN: Reveals Funnel tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN @ PERSOALAN ANDA DI BAWAH: