Apa Itu Funnel?

Ramai juga yang tanya saya, apa itu funnel yer? Saya nak kongsikan, funnel tu dipanggil corong. Ada yang panggil funnel jualan, funnel pemasaran, funnel facebook dan sebagainya.

Saya mudahkan maksud funnel tu ialah membimbing prospek menjadi pelanggan dan membeli berkali-kali. Prospek ialah mereka yang pernah berinteraksi dengan bisnes owner dan pelanggan ialah mereka yang telah membeli produk mahupun servis.

Asal usul funnel?

Ia diperkenalkan pada tahun 1898 oleh E. St. Elmo Lewis sebagai tools jualan. Model pertama yang diperkenalkan ialah AIDA.

Bayangkan, pada ketika itu, belum ada lagi internet, funnel sudah diperkenalkan. Teknologi semakin berkembang, banyak tools secara online telah muncul menggunakan model funnel ini yang diperbaiki keberkesanannya.

Apa pula Reveals Funnel?

Reveals Funnel ialah branding untuk membongkarkan segala-galanya berkaitan pemasaran secara online menggunakan email sebagai asas. Ianya meliputi strategi, sistem dan perlaksanaannya secara keseluruhan dalam pemasaran dan jualan.


Reveals Funnel tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH: