4 Tempat Gabung Email & FB

Gabungan antara email marketing dan facebook marketing boleh memberikan impak yang tinggi disebabkan masing-masing ada kelebihan yang tersendiri.

Ada 4 tempat yang boleh kita gabung antara email dan facebook marketing.

1. Di Post Facebook 
Kita boleh post link borang daftar masuk nama dan email di facebook. Kita boleh gunakan fbads yang berbayar, mahupun secara percuma. Di fb profile, kita boleh tawarkan ebook percuma dan beri mereka link borang daftar nama dan email untuk dapatkan ebook tersebut. Link itu juga boleh dipost di fb group dan fb pages.

2. Di Thank You Page
Thank you page akan dipaparkan apabila mereka masukkan nama dan email. Di thank you page tu, kita mengucapkan terima kasih kerana mereka berminat nak dapatkan ebook percuma yang kita tawarkan. Disitu juga, kita boleh letakkan butang LIKE, butang SHARE dan Komen FB

3. Di Welcome Email
Apabila mereka masukkan nama dan email, secara automatik, welcome email akan dihantar. Di dalam welcome email itulah, kita boleh meminta mereka untuk LIKE FB Pages kita.

4. Ketika Blast Email
Apabila kita nak blast email pada subscriber, kita boleh blast link post fb kepada mereka supaya mereka klik dan terus baca post tersebut di FB. Bukan semua orang akan nampak post kita di FB memandangkan Reach FB dikawal oleh FB sendiri.

Jika anda ada apa-apa persoalan, bolehlah komen di bawah yer…


Reveals Funnel tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun fb sendiri.

KOMEN PANDANGAN & PENDAPAT ANDA DI BAWAH: