3 Jenis Air Yang Kita Minum

Ada 3 jenis air yang selalu anda minum. Air RO, Air Alkali & Air Mineral. Jom tengok apa perbezaannya…

1. AIR RO 

Tapisan RO (Reversed Osmosis ini merupakan air yang paling BERSIH. Ia menapis sehingga 0.0001micron. Air ini sesuai untuk semua peringkat umur dan doktor biasanya mencadangkan air ini untuk orang yang ada sakit buah pinggang.

Sebab air ini kosong mineral. Maka ia tidak memberatkan buah pinggang kita untuk menapis macam-macam. Cukuplah kerja dia menapis nutrient dari makanan dan supplement.

2. AIR ALKALI

Air alkaline ini dikira air berubat. Ia sebenarnya nak meniru air zam zam iaitu air beralkali tetapi air alkali ini adalah ciptaan manusia. Ia menggunakan proses elektrolisis. Ia akan tukar pH air dari biasa (6.5-7.3) kepada 8.5, atau 9 atau 9.5. Kita boleh pilih ph air yang kita inginkan.

Kebaikannya ialah bagus untuk buang asid dalam badan. Sesuai untuk orang yang menghidapi kencing manis, darah tinggi, gastrik, gout, masalah penghadaman dll.

3. AIR MINERAL

Air mineral/natural pulak ialah air biasa cuma dah ditapis kotoran dan bakteria jahat. Tetapi mungkin ada sedikit mineral jahat dan logam berat yang tertinggal sebab penapisannya menggunakan nano trap filter. Rupa filter tu macam mascara yang pakai kat mata. Ada fiber yang akan memerangkap kotoran. Ia menapis sampai 0.001 micron sahaja. Tidaklah sehalus seperti tapisan air RO.

JOM TENGOK-TENGOK PENAPIS AIR
Anda boleh pilih penapis air di pasaran yang mengeluarkan jenis-jenis air di atas. KLIK SINI

Anda minum air jenis apa yer? Jom minum air tapis setiap hari. Jaga kesihatan sebelum terlambat.

PERHATIAN: Reveals Funnel tidak bertanggungjawab terhadap komen yang ditulis melalui laman sosial media facebook ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun fb dan tidak semestinya menggambarkan pendirian penulis. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KOMEN PANDANGAN @ PERSOALAN ANDA DI BAWAH: